My Blog List

Wednesday, May 16, 2012

Nukilan Untuk Cikgu



Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

SeLamaT Hari GuRu :-)

Assalamualaikum W.B.T..terima kasih kerana sudi melawat ke blog sekolah kami.hari ini tanggal 16 Mei 2012 bermula lah sebuah cerita tentang sekolahku.hari ini merupakan hari guru.Selamat hari guru kami ucapkan kepada seluruh insan yang bergelar guru di alam fana ini yang hanya dipinjamkan sementara oleh Allah S.W.T..Guru ibarat lilin yang menerangi kegelapan malam.tanpa mereka dunia ini akan kosong.kosong dengan kejahilan yang tiada hadnya.nauzubillah.tidak dilupakan SELAMAT HARI GURU diucapkan kepada seluruh warga sek agama kg pasir putih khasnya kepada Tuan Guru Besar sekolah kami iaitu Ustaz Roslin bin Abdul Rahman,Guru Penolong Kanan 1 Ustazah Norsham bin Mat Jani,Guru Hal Ehwal Murid Ustazah Zarina Binti Bakri,Guru penolong Ko-kurikulum Ustazah Rosnah binti Tumiran,Guru-Guru lelaki iaitu Ustaz Mohd Lukman Nul Hakim Bin Harun,Ustaz Mohamad bin Leman,Guru-Guru Perempuan iaitu Ustazah Hafizah binti Hasan,Ustazah Suhaila binti Saadun,Ustazah Zulaiha binti Zakaria,Ustazah Azliza binti Hashim,Ustazah Maryam binti Mohd Yusuf,Ustazah Anita binti Che Awang dan Ustazah Paridah binti Seli.Dan akhirnya terima kasih juga kepada pembantu tadbir iaitu Encik Zhafri bin Farid yang telah banyak membantu guru-guru di sekolah ini.Mereka ini lah insan yang bertanggungjawab untuk menyuluh kehidupan kepada anak-anak bangsa kami.Mereka lah para dai'e yang mengembangkan ilmu-ilmu islam.merekalah umpama pejuang di medan peperangan.Ya Allah,aku bermohon kepada mu agar kau permudahkan lah urusan mereka dalam mendidik anak bangsa,kau berkati lah kehidupan mereka dunia dan akhirat.amin ya rabbal alamin.Akhir Kalam,Hari ini Siapa pun kita sejarahnya bermula dari didikan seorang guru.Sekolahku syurgaku. -TamaT-

Tuesday, May 15, 2012

SejaRah S.A.K.P.P


Sekolah Agama Kg Pasir Putih telah mula ditubuhkan pada 13 Januari 1957 dengan menumpang di Sekolah Keb. Pasir Putih. Jumlah pelajar pada masa itu adalah seramai 115 orang. Guru Besar pada ketika itu ialah Ustaz Ahmad Tarmizi bin Haron. Sekolah Agama terus beroperasi di sekolah kebangsaan sehingga 29 Mei 1983. Perpindahan ini disebabkan oleh pertambahan jumlah murid sekolah kebangsaan dan memerlukan pihak sekolah agama berpindah ke lokasi yang baru.
Pada 29 Mei 1983 sekolah agama telah berpindah ke Balai Raya Kampung Pasir Putih atas permintaan penduduk dan Ketua Kampung sendiri. Perpindahan ke Balai Raya ini adalah untuk sementara sebelum bangunan sendiri siap sepenuhnya. Lima tahun kemudian, Sekolah Agama Kg. Pasir Putih telah mula berpindah ke bangunan sendiri dan beroperasi sepenuhnya pada bulan Januari 1988. Ianya hanya mempunyai satu blok bangunan dengan dua (2) tingkat dan mempunyai sembilan (9) bilik darjah serta satu (1) pejabat.
Permasalahan yang dihadapi oleh guru dan murid ialah ketiadaan tempat yang sesuai untuk menunaikan solat asar. Oleh yang demikian pengurusan sekolah telah menjadikan dua (2) buah bilik darjah sebagai surau bagi mengatasai masalah tersebut. Berbagai usaha telah dilakukan oleh guru dan Badan Kebajikan Sekolah dengan dibantu oleh penduduk kampung, akhirnya sebuah surau telah berjaya dibina pada akhir tahun 2004.